Monday, 30 May 2016

UiTM KUALA PILAH (BETING)

Bermulanya kisahku di uitm kuala pilah (beting). Segalanya nampak kelam pada hari pertama namun, semangat yang dihulurkan oleh ibu tercinta sedikit sebanyak membantuku untuk lebih bersemangat untuk memulakan hidup  baru. Siapa kata permulaan mesti dimulakan dengan kesedihan ? tidak,  sama sekali !

Hari berganti hari, wujud sinar dalam kehidupan baruku.. kawan kawan dan juga senior senior merupakan insan yang banyak membantu  semasa ketiadaan kedua ibu bapaku. Perkara wajib seharusnya aku terap dari awal agar kesudahan kelak tidak akan terkapai kapai..

Kawan baru bukan bermaksud baru  dari segi dalaman, hanya luaran yang semestinya tidak aku nilai hanya untuk berteman. Baru dalaman lebih berguna untuk sama sama kita mengorak langkah mengejar impian nan mekar ketika bibit pelajaran bermula.

Alquran, hadis dan ayat ayat suci sering menititi di bibir agar aku tidak mudah lupa akan tanggungjawab ku yang satu itu

Pabila syawal menjelma, pasti si rakan turut gembira apatah lagi keluarga tercinta di sana.Kewujudan ku pasti ditunggu sejak pemergianku. sabar sahaja yang selama ini meredakan kerinduan tak terkira.

Tunggu dan tunggu. Suatu masa pasti ku berjaya.. harapan bangsa akan ku gapai dan cita cita nan satu akan ku kejar. Guru tidak ku lupa namun demi impian, ku padamkan wajahmu dari kotak  kenangan ku..namun,kehadiranmu suatu masa dahulu  pasti ku ingat sampai ajal memanggilku dahulu.

Salam akhir buat semua, sematlah namaku dalam nafasmu..bayangkanlah aku sebagaimana aku melihatmu..ingatilah aku sebagaimana aku mengingatimu.Andai satu hari nyawaku sudah tidak bersatu, pimpinlah jasadku sebaik mungkin. Tanamlah aku sebagaimana aku tanamkan hasrat untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Nokhtah tidak bernilai tapi coretan ini mungkin jauh lebih berharga kerana, aku mungkin sedang melihat masa hadapan dan kamu..ya kamu, senyumlah selalu dan lupakan yang dahulu. Sentiasa pandang kehadapan dan jangan berbalik ke dahulu..sesungguhnya hati tenang tiada berganti dripada hati gusar yang sering disakiti.

Selamat tinggal dan assalamualaikum

Badcatsz

No comments:

Post a Comment